Monday, 17 October 2011

Al-Quran PengUbat Hati Yang KeseDihaN ,,..

Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
“Bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” 73:4
“Jangan engkau(Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat  (menguasai)nya.” 75:16
Kedua ayat diatas memberi peringatan pada kita utk tidak tergesa-gesa ketika membaca Al-Quran. Walaupun sudah berkali-kali kita membaca surah tersebut namun kita perlu menjaga tajwidnya juga. Apa tah lagi jika Surah pendek, ketika dalam solat contohnya..We tend to recite the surah dgn cepatnya..ibarat nak cepat habis solat..Itulah kenapa kita tidak dapat mengecapi ketenangan dalam solat..Astaghafirullah..Astaghafirullah..Astaghafirullah..
Sebenarnya inilah yang ana pelajari semenjak dua menjak ini..Tambahan ana skrg di Minggu memperbaiki bacaan..Ana belajar semula bagaimana utk membaca Al-Quran sebaiknya. Memang kita semua sedia maklum utk lebih menghayati sebuah solat adalah lebih baik jika kita faham apa yg kita baca itu. Dan bila sudah faham bacalah ia dengan penuh ketenangan, dengan perlahan, barulah ianya bisa meresap kedalam jiwa dan pasti akan menusuk qalbu kita. Subhanallah :”)
Ketika ana membaca Surah Al-Kafirun bersama-sama dgn Ustaz Mishary yang ana dapat dari youtube..Ana betul-betul rasa hendak menangis..Ya Allah ..Cara bacaannya penuh dgn alunan, bacaan ana? :’(.. Ana teringat juga salah satu sebab mendapat seksa kubur itu ialah mereka yg membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Sekarang marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang kita pelajari. Bukan hanya sekadar mengetahuinya tapi tidak mengamalkannya.
Membaca Al-Quran ini juga punya kebaikan. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut? Jawab Nabi SAW, banyakkan mengingat mati dan membaca Al-Quran.”
Di suatu ketika pernah seorang sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Mas’ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung(berduka). Lalu lelaki itu berkata:
“Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar utk hatiku yg gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”


Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata:
“Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu :
1. Tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya,
2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah ,
3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.
Jadikanlah diri kita manusia yang berjiwa Al-Quran dgn selalu membacanya. Memulakan hari kita dgnnya dan menutupnya juga dgn Al-Quran .
“Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu.”
Salam ukhwah,

menCari pasAngaN daN cinTa sejAti ,.,.,.,.,

Tips untuk mencari pasangan dan cinta sejati.
Ada beberapa tips hendak dikongsi untuk korang yang sedang ingin bercinta atau mencari pasangan. Tak kisahlah nak percaya atau tidak,nak ikut atau tidak, tapi ini cuma sekadar nasihat dan beberapa perkara yang perlu diambil serius.
Kadangkala kita mempunyai “vision & mission” yang dasyat sampai ada yang lupa nak berpijak di bumi nyata. Baguslah tapi biarlah ”realistic”.
Antara tips tersebuat adalah:
1. Clarify & Declare
Pertamanya jelaskan kedudukan posisi “girlfriend & boyfriend” korang. Samada ”SERIUS” nak ke jinjang atau hanya  hendak ke ranjang. Kalau tak serius cut-off jer & jangan buang masa. Kalau kedua-kedua dah clarify & declare nak serius, plan future dari sekarang.
2. Bincang Bajet Besama
Kedua-dua mesti bentangkan kedudukan kewangan masing-masing seperti gaji kasar, baki gaji bersih, hutang kereta, hutang motor, hutang PTPTN, bagi mak ayah di kampung dan lain-lain & berapa sahaja balance yang ada. Ini lebih jelas untuk sama-sama merancang kewangan di masa hadapan. Baru tahu berapa extra ada, berapa lagi tak cukup, rumah bagaimana korang nak duduk, kenderaan apa yang nak dipakai dan sebagainnya. Pentingni tau…
3. Rancang Tarikh Pertunangan & Perkahwinan
Mulakan membuat Time-frame. Bekerja mengikut Date-line yang korang tetapkan samada 6 bulan atau setahun. (2 tahun lama sangat bro, air masuk kepala nanti hehe…) Sediakan gaya hidup yang benar-benar korang impikan. Persediaan agama, zahir, bathin, ekonomi & lifestyle. Lepas itu terus buat working plan.
4. Bersuai Kenal Dengan Keluarga
Lebih sopan sekiranya korang dikenali oleh keluarga masing-masing. Ini boleh mengelakkan fitnah & tak punah. Tunjukkan keyakinan, kepercayaan & pamerkan ‘kematangan berfikir & bertindak’ semasa bersama keluarga sebelah pihak. Barulah nampak korang real…
5. Mencari Alternative Income / Extra Income
Maksudnya duit tambahan yang boleh dijadikan income ke-2. Nak harap jawatan & gaji korang untuk hidup sempurna & selesa…lambat bro. Cari peluang yang mudah, pantas & lumayan. Jangan salah pilih yea…Ada juga yang kerja part-time tapi income tak setimpal seperti 1 jam,  RM4–RM7. Jangan terlibat dengan skim cepat kaya. Buatlah online bisnes ke jual produk ke contohnya jual susu diet ke, jualan setin boleh dapat RM36-52.
6. Bergaul Dengan Orang Berjaya/ Value
Keraplah bergaul dengan orang-orang berjaya atau yang bernilai tinggi. Ada juga orang kaya yang ‘tiada value’. Pilih mentor/idola yang betul. Korang perlu bercampur dengan mereka untuk mempelajari bagaimana cara mereka membina karier, menjana pendapatan lumayan, menguruskan kehidupan & menangani masalah-masalah sekitar.
7. Kerap Berbincang Buat Keputusan Bersama
Jangan sorokkan atau lindungi sebarang masalah daripada girlfriend dan boyfriend. Ambil ini sebagai “masalah bersama” untuk latihan mencari solution. Sekiranya couple korang dah buat silap seperti over-spent, over-look, misplace, mis-communications dan sebagainya, declare jer & berlatih berterus-terang. Sorang lagi pulak mestilah jadi ‘pendengar yang baik’ dan fahamkan situasi couple korang. Latihan ini penting. Jangan cepat emosi bila berdepan dengan masalah.
Okay itu sahaja tips yang dapat dikongsi. Ada silap dan kurang, harap dimaafkan. Jumpa di lain episod. Chow chin chow. Assalamualaikum.