Monday, 17 October 2011

Al-Quran PengUbat Hati Yang KeseDihaN ,,..

Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
“Bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” 73:4
“Jangan engkau(Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Quran) kerana hendak cepat-cepat  (menguasai)nya.” 75:16
Kedua ayat diatas memberi peringatan pada kita utk tidak tergesa-gesa ketika membaca Al-Quran. Walaupun sudah berkali-kali kita membaca surah tersebut namun kita perlu menjaga tajwidnya juga. Apa tah lagi jika Surah pendek, ketika dalam solat contohnya..We tend to recite the surah dgn cepatnya..ibarat nak cepat habis solat..Itulah kenapa kita tidak dapat mengecapi ketenangan dalam solat..Astaghafirullah..Astaghafirullah..Astaghafirullah..
Sebenarnya inilah yang ana pelajari semenjak dua menjak ini..Tambahan ana skrg di Minggu memperbaiki bacaan..Ana belajar semula bagaimana utk membaca Al-Quran sebaiknya. Memang kita semua sedia maklum utk lebih menghayati sebuah solat adalah lebih baik jika kita faham apa yg kita baca itu. Dan bila sudah faham bacalah ia dengan penuh ketenangan, dengan perlahan, barulah ianya bisa meresap kedalam jiwa dan pasti akan menusuk qalbu kita. Subhanallah :”)
Ketika ana membaca Surah Al-Kafirun bersama-sama dgn Ustaz Mishary yang ana dapat dari youtube..Ana betul-betul rasa hendak menangis..Ya Allah ..Cara bacaannya penuh dgn alunan, bacaan ana? :’(.. Ana teringat juga salah satu sebab mendapat seksa kubur itu ialah mereka yg membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Sekarang marilah kita sama-sama mengamalkan apa yang kita pelajari. Bukan hanya sekadar mengetahuinya tapi tidak mengamalkannya.
Membaca Al-Quran ini juga punya kebaikan. Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut? Jawab Nabi SAW, banyakkan mengingat mati dan membaca Al-Quran.”
Di suatu ketika pernah seorang sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Mas’ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung(berduka). Lalu lelaki itu berkata:
“Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar utk hatiku yg gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”


Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata:
“Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu :
1. Tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya,
2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah ,
3. Carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.
Jadikanlah diri kita manusia yang berjiwa Al-Quran dgn selalu membacanya. Memulakan hari kita dgnnya dan menutupnya juga dgn Al-Quran .
“Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu.”
Salam ukhwah,

No comments:

Post a Comment